Sabtu, 29 Oktober 2011

Batang, Bentuk, Berkas

( d ) Batang 
Digunakan untuk : Benda yang lurus, panjang, dan keras.
Contoh               : gigi, paku, lilin, jalan raya, tongkat.
Ayat                   : Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat
                            rotan.

-------------------------------------------------------------------------------

( e ) Bentuk 
Digunakan untuk : Benda yang kecil dan berbentuk lengkung.
Contoh               : subang, cincin, mata kail.
Ayat                   : Faris membeli dua bentuk  cincin berlian untuk tunangnya.

-------------------------------------------------------------------------------

( f ) Berkas 
Digunakan untuk : Benda yang telah diikat dalam satu ikatan.
Contoh               : buluh, rotan, kunci, lidi, ranting.
Ayat                   : Ahmad membawa seberkas rotan dari hutan.

Jumaat, 28 Oktober 2011

PENJODOH BILANGAN

 Angkatan, Bakul, Baris 


Definisi Penjodoh Bilangan : Perkataan yang digunakan berpasangan 
                                            dengan kata nama untuk membilang atau 
                                            menyebut kata nama itu.

Senarai Penjodoh Bilangan :
( a ) Angkatan 
Digunakan untuk : kumpulan atau kelompok benda dan manusia.
Contoh               : tentera, usahawan, sasterawan, belia, penulis
Ayat                   : Seangkatan pengawai polis bergegas ke tempat
                            kemalangan itu.
---------------------------------------------------------------------------------
( b ) Bakul
Digunakan untuk : benda yang diisikan di dalam bakul.
Contoh               : kuih, sampah, buah, makanan
Ayat                   : Mak Limah membawa sebakul kuih keria untuk dijual di 
                            gerai.
--------------------------------------------------------------------------------
( c ) Baris
Digunakan untuk : benda yang berderet atau manusia yang teratur.
Contoh               : ayat, runah, murid, tulisan, kerusi
Ayat                   : Dua baris rumah setinggan hanggus dijilat api pagi tadi.







PENGENALAN

Salam sejahtera  dan salam 1 Malaysia semua. Harap- harap semua sihat sejahtera. Tujuan blog ini dibina hanyalah untuk memberi maklumat tentang Bahasa Malaysia.